Tuesday, 10 February 2015

Aku dan Perubahan

4hb hingga 9hb Februari yang lalu aku telah mengikuti Kursus Etika dan Pengurusan Integriti Kor Suksis Universiti Malaya di Batalion 2 PGA Kulim, Kedah. Kursus ni memang best sangat sangat sangat. Sebelum p kursus ni, aku expect kursus ni mesti memenatkan dan penuh dengan aktiviti yang membosankan. Tetapi ternyata aku salah 200%. hihi . banyak kenangan terindah yang tercipta melalui kursus ni. Ditambah lagi, melalui kursus ni, aku dan anggota suksis yang lain mula rapat sesama sendiri. Tiada lagi istilah 'krik-krik' antara kami semua :) 

Antara aktiviti yang di jalankan ialah:
Sesi pencairan, Mobilisasi Sosial, Topeng, Trivia Potretku, Belon, Pembentukan Kumpulan (Jaguh+Wira+Gagah+Gerak), Perlawanan antara Kumpulan, Pembentangan Kumpulan, Projek Mesra, Aku, Projek Aku dan Perubahan, Malam Pengurusan Majlis, Majlis Penutupan.

Kalau mau cerita setiap aktiviti tu, memang panjang berjela2 la entry ku kali ini. So, dalam banyak2 aktiviti tu, satu aktiviti jak aku berminat mau cerita iaitu 'Projek Aku dan Perubahan'. Aku mau cerita pasal aktiviti ni, sebab aktiviti ni best & menarik. hihi ;)

Okay, Projek Aku dan Perubahan ni melibatkan semua peserta kursus, dimana setiap individu akan membuat persembahan solo di hadapan fasilitator dan juga semua peserta. Persembahan terdiri daripada 4 kategori iaitu Pantun, Sajak, Syair, dan Lagu dengan tajuk yang sama iaitu 'Aku dan Perubahan'. Projek ni aku anggp menarik sebab projek ni dpt membina keyakinan diri individu untuk buat persembahan di depan org ramai. Sama ada mau atau nda mau, setiap individu diwajibkan buat persembahan berdasarkn undian yg telah dibuat dengan tajuk persembahn tetap sama iaitu 'Aku dan Perubahan'.  Mksudnya, pantun sajak syair dan lagu tu mesti la berdasarkan aktiviti yg telah kami jalankan spanjang program ni dan perubahan diri yg kami hadapi.
Persembahan berlangsung dari petang dan bersambung hingga ke malam. Kami yg seramai 67 orang telah membuat persembahan di hadapan fasilitator dan peserta yang lain. Sepanjang hari berlangsungnya 'Projek Aku dan Perubahan' ni, mmg happening dan penuh gelak tawa sebab majoriti persembahan ada unsur lawak terutama kategori pantun. Owh ya lupa pula, projek ni juga merupakan pertandingan di mana persembahan kami di nilai oleh 4 org juri iaitu dalam kalangan fasi kami sendiri. Setiap kategori akan dipilih seorang peserta yang membuat persembahan dengan baik akan menjadi pemenang dan akan membuat persembahan di hadapan VIP di Majlis Penutupan.

Tanpa aku duga, aku telah menjadi pemenang bagi kategori Sajak. haha . Aku langsung x sgka aku boleh menang, sebab masa aku b'sajak, intonasi ku selalu lari ke arah pidato dan forum. hahaa . tapi nda perlu di persoalkan, memang suda takdir dan rezeki ku, Alhamdulillah :) so, entry kali ni, aku ingin share sajak yang aku nukil sendiri, bertajuk 'Aku dan Perubahan'.....

Segalanya bermula dari sesi pencairan,
Setelah seorang demi seorang memperkenalkan diri,
Aku mulai sedar,
Bahawa aku,
Punya rakan-rakan suksis yang pelbagai karenah,
Sehingga aku mengakui,
Hidup ini sesusngguhnya penuh variasi,
Umpama pelangi indah penuh warna warni.

Namun, dengan variasi sifat manusia ini,
Wujudnya manusia yang bertopeng,
Menjulang hipokrit dan kepentingan diri,
Sehingga aku punya perasaan,
Untuk menanggalkan topeng tersebut,
Menjulang kembali pentingnya menjadi diri sendiri,
Menyerlahkan bakat dan potensi diri,
Memberi manfaat kepada insan lain,
Dan,
Menjadi harapan bangsa dan negara.

Disaat aku leka dengan sempurnanya deria lihatku,
Ku diberi kain hitam penutup mata,
Penglihatanku hilang serta merta,
Yang cerah menjadi gelap,
Yang terang menjadi kelam,
Yang putih menjadi hitam,
Jalanku kian suram,
Teraba-raba aku mencari jalan.

Namun, tika aku tempuhi kegelapan itu dengan penuh kesabaran,
Kain hitam penutup mata di buka semula,
Penglihatanku kembali sempurna,
Saat itu, detik itu,
Ku semai rasa syukur di hatiku,
Atas sempurnanya deria lihatku ini.

Akhirnya,
Sepanjang kursus etika dan pengurusan integriti ini,
Setelah nasihat demi nasihat ku trima,
Aku,
Dari pemarah menjadi penyabar,
Dari pasif menjadi aktif,
Dari pendiam menjadi peramah,
Dari penakut menjadi berani,
Itulah aku dan perubahan.....

okay, itu la sajak ku, yang ku nukil kan dalam masa sehari, x smpai pun 7 jam . hihi . aku tau sajak tu nda menarik, x seperti sasterawan negara . tapi at least aku try buat. And di setiap rangkap tu ada mksud yg 'deep' berkenaan dengan aktiviti2 yang telah ku lalui sepanjang kursus ni. Itulah aku dan perubahan...



gambar semasa mendeklamasikan nukilan sajak ku sendiri :)

gambar lepas penerimaan hadiah masa Malam Pengurusan Majlis. Di sebelah tu merupakan Cik Nizam salah seorang juri dan juga fasi yg byk membantu dan beri nasihat tentang cara deklamasi sajak lepas aku menang dan kena buat persembahan depan vip masa majlis penutup nnt :)

Okay, itu jak entry ku utk kali ini. Harap semua dalam keadaan yang sihat dan baik2 saja, serta sentiasa dalam redha Allah S.W.T :)


No comments:

Post a Comment